Wednesday, August 13, 2008

Produk jualan kami







Kerepek Ubi Putih ( ORIGINAL RECIPE)





















Kerepek pedas kering ( HOT SPICY)





















Kerepek perasa kari (CURRY FLAVOR)





















Kerepek ubi racik




















Kerepek pagoda





















Kerepek bawang



























kerepek UBI dari Ubi yang bermutu dan terpilih....

Terima kasih atas lawatan anda ke BLOG kami,

Perniagaan KEREPEK UBI yang diusahakan oleh En. SYAZALI dan En. MISUAN BIN JAMINGAN ini akan dijalankan di Lot bernombor NO. 1, Jalan Danau 48, Taman Desa Jaya, Johor Bahru Johor.



Dengan itu tertubuhlah MEMIS FOOD SUPPLIER pada 02hb. November 2007 . No. pendaftaran JM 0499732 – W, pendaftaran beralamat di NO. 12, Jalan Permatang 21, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Didaftarkan untuk perniagaan “ MEMBEKAL DAN MENJUAL MAKANAN DAN MINUMAN” di Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Johor Bahru.

Faktor kewujudan adalah untuk menampung permintaan kerepek ubi di pasaran yang semakin meningkat dan dikenali ramai. Pasaran kerepek ini semakin mendapat sambutan ramai. Ia adalah makanan tradisional dan pasarannya telah wujud sekian lama. Kerangupan dan rasanya yang enak menjadi hidangan tambahan lebih-lebih lagi di musim perayaan. Kami percaya dengan mengawal mutu, rasa dan pembungkusan yang cantik, sudah pasti menjadi permintaan yang tinggi di pasaran.


Kami mensasarkan model perdagangan iaitu perniagaan lebih menumpukan kepada aktiviti pemasaran produk iaitu daripada segi urus niaga jual beli produk tanpa melibatkan aktiviti pemprosesan. Model ini melibatkan dua mekanisme dalam pelaksanaan iaitu ‚’perniagaan kepada perniagaan’ dan yang kedua ‚’perniagaan kepada pelanggan. Ia mendasarkan perniagaan pada volume yang tinggi dengan kuantiti yang telah dipersetujui. Praktik perniagaan ini adalah seperti urusniaga antara pemborong dengan peruncit yang tidak melibatkan penjualan secara terus kepada pelanggan akhir.




Bagi membina dan mengekalkan kesetiaan pelanggan dan memastikan pembelian berulang, kami menjaga dengan ketat kualiti dan mutu produk. Pembungkusan produk hanya dari kerepek yang baru di proses sahaja.


Rak pameran. Kami menyediakan secara percuma rak pameran sebagai pinjaman di atas kerjasama yang dijalinkan dalam memasarkan produk kami. Telah di akui dengan adanya rak pameran yang bersesuaian akan membantu jualan dengan baik. Selain itu ia juga menjadi tarikan kepada pelanggan apabila kesemua produk di susun dengan kemas dan rapi. Antara lain dengan adanya rak pameran ini akan memastikan produk kami di dalam keadaan baik tanpa kerosakan apabila pergerakan pemindahan tempat terjadi. Tidak berlaku lambakan yang mencacatkan mata dan menyebabkan produk kami rosak akibat tekanan dari objek lain. Dibawah ini adalah contoh rak pameran yang kami sediakan.



Industri pemborongan (Trading) berkeupayaan memperolehi pulangan yang tinggi oleh kerana ianya mempunyai saiz pasaran yang besar. Di samping berisiko dengan jualan kredit, tetapi pendekatan, perancangan dan strategi yang baik tidak menjadikan ia satu halangan dan masalah yang besar. Dengan bantuan dan dorongan akan menjadikan perniagaan ini sangat berpontensi besar. Antara lainnbertujuan membantu mengujudkan pemborong yang berkualiti di samping meningkatkan pemilikan Bumiputera di sektor industri ini dan dijangka mampu mengimbangi kekurangan yang ujud di antara peruncit Bumiputera dengan peruncit lain. Perniagaan ini dijangka mampu memberikan pulangan yang memuaskan dan akan memberi pulangan yang baik di dalam jangka panjang.